Jumaat, Mei 4

Pasar Baru Lagi dan Heritage, Bandung Indonesia

Hari ke-4 Di Bandung

Susulan dari Hari ke-3 di Bandung, Harini Kami telahpun bersedia dan bersiap untuk check out  dari hotel dan kami juga bersiap sedia untuk bershopping buat penghabisan   kalinya kami di bandung kerana menjelang malam kami akan pulang ke Malaysia (aku dah mula rindu dgn anak teruna n family aku) mula-mula sekali aku menjejakkan kaki sekali lagi ke Pasar Baru. kalinih kira penghabisan untuk kami membeli apa yang perlu siap dgn senarai lagi. Kain telekung yang bercorak telah ku beli di lantai 1 kedai Laris dan 1 juta. di Chand gallery aku memborong 6 pasang kain ela. Setelah selesai, aku kembali ke lantai 1 untuk membeli kain pelekat hubby n cenderahati buat kawan-kawan pejabat.
 cenderahati - yang nih aku snap kat rumah, x sempat snap kat sana
 kain-kain ela yang sempat aku borong
sempat juga aku membelikan handbag buat mak cu n mem ita, kawan pejabat ku ain n buat diri sendiri. Hubby pula membeli beg galas yang telah koyak sewaktu hari pertama lagi.
 Handbegnih pun aku snap kat rumah
Hampr 2jam 1/2 kami membeli belah di pasar baru, kami ke Heritage pula untuk memborong baju kanak2 sempat jugak aku borong di heritage dan cascade
gambar Heritage yg sempat aku snap
Selepas ke Heritage, kami ke  Rumah Mode untuk penghabisan bershopping. 
Bergambar sekejap di Rumah Mode 

Di Rumah Mode, aku hanya bershopping utk barangan anak terunaku, sempat juga aku membelikan beg Ben10 untuk anak terunaku itu.
Beg dan jacket Ben10 yg aku snap di rumah
Tepat jam 5:30 waktu di sana, kami sampai ke Airport untuk check in beg dan membayar airport tax. Semasa berada di dalam airport, sempat jugalah aku menyumbatkan segala barangan yang aku dan hubby beli ke dalam beg yang telah aku kosongkan. Timbang punya timbang, ada lebih dekat 15 kilo berlebihan untuk bagasi aku. Rasa macam rugi pulak aku tambah lagi 10 kilo. Mujurlah ada org dari Klang terlebih muatan so dia tumpang bagasi aku. selamat dia dari membayar tambahan bagasi tu.
Lapangan Terbang di Bandung
 Sempat lagi bergambar di luar Airport sebelum masuk ke ruang menunggu
 Saat-saat nak berlepas dari Bandung
Jam 7:30 waktu sana barulah flight berlepas dari Bandung ke Kuala Lumpur. Sampai di pintu keluar aku dah nampak anak teruna dan ma serta abah tengah menunggu aku. kesian anak teruna naik mengantuk menunggu aku dan hubby.. oklah sampai ketemu lagi kalu ada rezeki lagi akan aku ke sana lagi utk bershopping...... Adios..... mmmuaaahhhh... I love bandung... Ahakzs..

Update:
Tips buat mereka yang pertama kali menjejakkan kaki ke Bandung.

1. Make sure duit RM kita telah ditukar siap2 ke matawang Indonesia biar lebih jgn kurang sebabnya kalau tukar di sana, tukaran mata wang di sana agak tinggi. yelah walaupun beza 2-3 RM tp byk juga tu... aku selalunya refer tukaran duit di BNM dan tukaran yang boleh di cari dgn pakcik google
2. Siapkan juga list tukaran antara Rup dgn RM dr sekecil2 ribu rupiah ke sejuta rupiah.Senang nanti nak buat aktiviti tawar menawar.
3. Jika kita di beri tempoh masa yang agak singkat utk bershopping di sesuatu tempat, cthnye di pasar baru, jika jumpa yang berkenan di hati tu terus tawar habis-habisan jika x boleh tawar dah terus belije nanti kempunan.. sebab kalau nak pergi kali kedua mmg dah susah dan takut x jumpa dah kedai tu. Melainkan no. kedai tu dicatit.
4. Sediakanjelah senarai apa yang nak di beli semasa di bandung so xdelah kita merayau-rayau x tentu arah.
5. oh ye yg plg penting sebelum balik, beg di timbang di hotel untuk tahu berapa berat beg kita agar tidak lebih muatan dari yang kita beli kat web. So, kalau kita ada nak shopping lagi buat penghabisan kali sebelum balik, kita boleh agak berapa kilo lagi yang tinggal. Kalau terlebih, kita boleh beli beg lain utk hand carry.  Jgn lupa juga timbang berta beg sekali lagi di airport. Ataupun, kena sepakat dgn kwn2 yang ada utk tumpang berat yg terlebih tu. X pun masa check in beg, korang kenalah panjang2kan leher untuk tgk sesiapaje kat airport tu yang ada byk kosong muatan beg tu, mintak tumpang begje then byr ikut harga yang kita beli di web lebih menjimatkan dari kena denda sebab lebih muatan.
oklah kalau ada update lain lagi aku bgtau lg ... chow..  

Lihat cerita sebelum:
Trans Studio
Pasar Baru, Jalan Dago dan Cihampelas Walk
Kawah Putih, Situ Patengan dan Jalan Cibaduyut

2 ulasan:

InaAchik berkata...

tetiba rindu kenangan menjadi 'jutawan' di bandung... :)

Firdausy CiLiKku berkata...

hehehe.. 'jutawan' segera dibandung. Sekali pergi je agak nya, lain kali andai ada rezeki yang dikurniakan oleh -Nya