Rabu, Disember 5

Siakap Masak Stim

Assalamualaikum....

Wah Kali pertama aku ke pasaraya besar di pagi-pagi hari macam excitedjer.. selalunya aku ke pasar pagi setiap hari sabtu kat andalasjer.. tapi kali ni aku dapat pergi ke pasaraya di pagi hari. Bukan senang woo aku dapat pergi pasaraya time pagi nih, hubby biasanya akan ke Gim dulu sebelum kami nak ke mana-mana, so tengah hari or petanglah biasanya aku ke pasaraya. 
Ok sambung cerita, kali ini aku ke NSK sebab ramai orang cakap barang basah di NSK agak segar dan murah. 
Bahagian Ikan dan Makanan Laut
Bahagian Buah-buahan
Jalan-jalan di bahagian Ikan, aku nampak pula ikan siakap. Halamak, teringat ikan siakap masak stim kat Sikin. Hmm.. teringin pula nak buat ikan siakap masak stim sendiri. Tanya Hubby dan diapun izinkan, lalu aku 'pancing'lah sekor.. Balik rumah, tanpa berlengah akupun siapkan makanan tengah hari.

Tara.. Siaplah walaupun tak serupa.
Jom kita tengok resepinya. Resepini aku jumpa dari koleksi resepi yang aku simpan.

Resepi Ikan Siakap Stim

Bahan-bahan:-

  • 1 ekor ikan siakap 
  • 1 labu bawang besar (dihiris bulat)
  • 1 1/2 inci halia muda (dimayang halus)
  • 1 ulas bawang putih (diricik)
  • 1 biji tomato (dicincang)
  • 6 biji cili padi (dititik)
  • 1 batang serai (dititik)
  • 2 biji limau nipis (diambil airnya)
  • 1 sudu besar sos plum
  • Garam secukup rasa
  • Daun Bawang dan bawang goreng
Cara-cara memasaknya:-
  1. Ikan dibersihkan dan di belah tengahletakkan di dalam bekas pengukus
  2. Kemudian taburkan di atasnya dengan hirisan bawang besar, halia, bawang putih, tomato, serai dan cili.
  3. Perahkan di atasnya air limau, dan masukkan sos plum serta garam secukup rasa.
  4. Kukus lebih kurang 10-15 minit
  5. Setelah masak hiaskan bersama daun bawang dan bawang goreng (tapi aku tak gunalah, lupa hehehe)
  6. Sedia untuk dihidangkan
Masak sendiripun ok juga bolehjer kalau nak berjimat. Selamat mencuba...


1 ulasan:

Yanty Lee berkata...

Ikan Stim! Hurm nnt dh suh mummy masak la